CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 27, 2012

aku mati disaat itu terjadi.
yang tinggal hanya jasad beryawa tidak berjiwa.

yang dikewujudan nyata hanya tubuh, yang dikuburkan adalah hati.

jasad kita berbeza. hati kita juga tidak sama.
disetiap yang engkau iginkan, belum tentu lagi itu yang dia mahukan.
kalaupun engkau mahu petikkan bintang dilangit buat dia, belum tentu lagi dia ingin terima.
apa yang diperlukan itu mungkin sama tetapi tidak kemahuan ...
engkau mungkin mahukan bulan dia mungkin inginkan bintang.
engkau mungkin sukakan siang tapi dia sukakan malam.
maka sudah pastilah tidak bertemu langsung..tidak seiring langsung langkahnya..................................

tetapi mengapa tetap mahu letakkan harapan?
harapan yang sering kai diakhirnya membunuh jiwa sendiri.
menghancur hati sendiri.
apa sampai mati pun kamu masih mampu menunggu?
apa sampai mati pun kamu masih mahu menanti?
apa kudrat kamu masih terlalu banyak untuk menyeksa jiwa sendiri?

berhenti memasang angan.
berhenti menyulam harapan yang sudah sediua tahu hanya mimpi...
maka berhenti!!!!!!!!!!!!!!!!!111

Tuesday, February 21, 2012

Engkau memang bodohkan!
berkali dibuang pun kau tak sedar juga lagi.
Berkali tersungkur pun kau nak juga berlari.
Apa yang engkau fikir?
Harapan?
tu semua anganlah!
Mimpi ciptaan engkau sendiri.
Kisah dongeng yang dah basi!
Bangunlah bodoh!
sedar!
Tempat itu bukan untuk engkau!
Jangan pernah angan untuk kau menetap..
Menumpang seketika juga tidak!
Tempat engkau hanya dijasad aku!
Bukan ditubuh dia!

Monday, February 20, 2012

Perempuan - hipokrit.
Lelaki - egois.
Memang padanla korang berdua!
keduanya buat aku rasa muak!
Aku lagi rela dihadapkan dengan sialan dunia dari dikenalkan manusia seperti kamu!!!!

Membuat manusiamerasakan diri sendiri itu bajingan tu senang!
Untuk memijak-mijak dan mensampahkan orang tu pun senang!
berpura baik bak malaikat juga senang!
Seronokkan jadi insan2 yang cuma tahu ambil hati manusia lain dan campakkan jauh..
Bahagikan bila engkau dan golongan engkau meletakkan harha manusia ditempat terendah!
sialan!!!!

Sunday, February 19, 2012

cinta itu indah
sayang itu asyik
lalu kenapa sering ada yang menyakiti?
lalu mengapa harus ada yang saling membenci?
hati kita cuma satu
jiwa kita cuma sekali hidupnya
jasad kita cuma sekali ditiup roh kedalamnya
lalu kenapa sering mengecam kejam?
lalu mengapa harus saling berperang membunuh?
maka berhenti...
berhenti menyakiti hati yang lainnya
berhenti mengecam jiwa yang lainnya
berhenti membunuh jasad yang lainnya
udara kita itu sama
langit kita juga sama
malah tanah yang dipijak kita itu juga tanah sama
atau engkau fikir berbeza?
kita cuma hamba
yang sujud pada Tuhan yang Satu.
pada Tuhan yang sama.
jadi kenapa harus membeza-beza sesama kita
lalu kenapa kita suka menjadi sang hakim yang menghukum tanpa adili
lalu mengapa kita suka merasa kita adalah tuhan yang menentu tempat syurga neraka seseorang..
taraf kita sama...
kita adalah hamba..
proses ciptaan kita juga sama..
dicipta Pencipta yang sama.
maka berhenti mengambil alih tugas Sang Cipta.
maka berhenti membenci.
maka berhenti menilai.
maka jadi sang pemerintah jiwa yang adil.
tapi bukan jiwa insan lain...
pemerintah jiwa sendiri yang sujud pada Tuhan yang Esa...
kerna jiwa itu pinjaman.
yang harus dipulangkan semula...

~kita-itu-beda~

Mereka lihat…
Kita itu beda
Engkau dan aku tak mungkin sama
Aku hitam engkau putih
Aku gelap engkau terang
Aku gemuk engkau kurus
Aku bantut engkau tinggi
Tempatku Cuma ditanah dan engkau dilangit tinggi
Aku Cuma dedaun gugur dan engkau adalah akar yang memegang pokoknya
Lalu dimana samanya kita
Apa kita ini memang tidak akan pernah sama
Apa kerna itu engkau tidak boleh aku pegang
Apa kerna itu kita ini tidak boleh menyatu
Haih…
Ada hati tidak dimahu
Ada jiwa tidak diingini
Maka simpan sahaja
Simpan hanya untuk sendiri
Usah dijaja lagi
Usah dicanang-canang lagi
Kerna kita itu beda
Walau aku dan engkau berjumpa titik persamaannya
Tetap mereka itu melihat kita beza
Dunia yang hanya aku untuk aku
Dan engkau untuk engkau.

Friday, February 10, 2012

semalam saya adalah perempuan gila yang......

semalam saya adalah perempuan gila yang mencari siapa saya, mengapa saya hidup dan apa sebab saya harus terus hidup..


semalam saya adalah perempuan gila yang masih mencari apa itu kasih, apa itu sayang dan apa itu cinta..

semalam saya adalah perempuan gila itu yang masih mencari - cari tempat untuk saya bertapak dibumi Ar-Rahman ini.

semalam saya adalah perempuan gila yang masih cuba bernafas dan terus bernafas dengan hati yang ranap.

semalam saya juga adalah perempuan gila itu yang merasakan dunia ini tidak pernah adil pada saya.

semalam saya juga adalah perempuan gila itu yang mati-mati meyakinkan diri bahawa saya ini memang tidak dimahukan si dia itu...

semalam juga saya adalah perempuan gila yangmerasakan hidup saya ini terlalu tolol terlalu bangsat untuk saya hadapkan dan lampiskan kepada manusia lain.

dan semalam itu juga saya perempuan gila yang berkali memikirkan bahawa mati itu adalh jalan terbaik untuk mematikan akal jiwa dan seterusnya jasad.

dan...

hari ini....

disaat ini..

saya masih juga perempuan gila itu yang masih ranap hatinya yang masih memberontak keras jiwanya...

tetapi perempuan gila yang hari ini telah jumpa sebab mengapa perlu terus hidup dan bernafas.

perempuan gila yang hari ini mula percaya akan namanya sayang dan cinta itu..

perempuan gila yang hari ini telah mahu menghadap hidup yang pernah dirasakan tolol dan bangsat itu..

perempuan gila yang hari ini tetap mahu jalani harinya biar macam palat pun..

kerana perempuan gila yang hari ini telah mula punya mereka dan dia yang mahu di kasih dan disayang.....

kerana perempuan gila ini sudah mula punya impian dan percaya pada harapan...

terima kasih Ar-Rahim untuk setiap yang Engkau berikan dahulu dan kini serta akan datang..



Friday, February 3, 2012

seteruk mana pun seorang emak itu, dia tetap ibu.
sejahat mana pun seorang ayah itu, dia tetap bapa.
tidak walau seorang manusia pun yang dapat menafikan hak mereka sebagai seorang ibu dan bapa.
biar begitu kejam, biar tidak adil, tetap hak itu tidak dapat ditarik oleh sesiapa walau seorang hakim.
sebagaimana buruk layanan mereka, tetap mereka itu adalah seorang ibu dan bapa.
jika disuruh berbuat jahat oleh mereka, boleh kita ingkar tetapi tetap mereka itu harus kita hormati.
hukum- letaknya ditangan Allah s.w.t.
jangan pernah menafikan hak mereka.
kerna tanpa mereka tidak akan kita wujud didunia ini.
ya, kita ada dengan takdir Allah dan Mahu allah..
dan Allah telah tentukan itulah ibu bapa kita..
maka terima..
jika salah jalan hidup mereka, betulkan..
tidak salah menegur mereka jika itu untuk kebaikan dan jika itu disyarakkan.
jangan pernah menyesal punyai keduanya.